Saturday, July 11, 2020
Home 6 Manfaat Pokok Lidah Mertua Yang Terbukti Dalam Penyelidikan Dan Kajian, Wah...
Array

6 Manfaat Pokok Lidah Mertua Yang Terbukti Dalam Penyelidikan Dan Kajian, Wah Bolehlah Tanam Dalam Rumah Lepas Ni!


Pokok lidah mertua atau juga dikenali sebagai pokok lidah jin adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika. Nama saintifik pokok ini adalah sansevieria trifasciata yang memiliki daun yang panjang dan runcing.

Pokok ini terdapat pelbagai jenis dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga.

Selain itu, pokok ini juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang. Pokok ini boleh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.

Satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini, mendakwa bahawa pencemaran udara dalam rumah boleh menjadi buruk seperti pencemaran udara luar.

Pokok lidah mertua mampu untuk mengurangkan pencemaran udara dalam rumah. Jadi, berikut adalah 6 manfaat pokok lidah mertua:

#1. Membekalkan oksigen

Satu kajian yang diterbitkan oleh Harvard University Extension mendapati bahawa pokok lidah mertua merupakan salah satu tumbuhan yang membekalkan kadar oksigen yang tinggi.

Pokok ficus dan potho adalah tumbuhan lain yang juga mampu membekalkan kadar oksigen yang tinggi.

#2. Pokok hiasan yang cantik

Mengikut kajian sains, tumbuhan dapat memberi kesan positif dalam membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus.

Jadi, selain daripada menjadi pokok hiasan yang cantik di ruang tamu atau di dalam bilik, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau dapat memberikan ketenangan kepada anda apabila melihatnya.

#3. Membersihkan udara yang tercemar

Pokok lidah mertua merupakan tumbuhan yang dapat membersihkan udara yang tercemar di dalam rumah anda.

Selain karbon monoksida, udara yang tercemar dengan benzene, formaldehyde, xylene, and toluene dapat ditapiskan oleh pokok ini.

Berdasarkan kajian NASA, tumbuhan yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan bahan-bahan toksik dalam udara sebanyak 87 peratus dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah) dan pokok lidah mertua adalah salah satu daripada tumbuhan tersebut.

#4. Menyerap karbon dioksida pada waktu malam

Pokok lidah mertua mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam.

#5. Efektif dalam melawan alahan

Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik, mengurangkan kadar karbon dioksida dan gas berbahaya dalam udara mampu untuk mengurangkan alahan yang berpunca daripada udara yang tercemar.

#6. Mudah untuk dijaga

Pokok lidah mertua sangat mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pokok ini dapat bertahan hidup dengan baik di bawah sinaran cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.- Balcony Garden



Source link

Most Popular

Anak To’ki jawab tuduhan netizen dia tak pedulikan ayahnya

Anak To’ki jawab tuduhan netizen dia tak pedulikan ayahnya. Penyanyi terkenal era 90an, Mohd Zaki bin Mansur atau lebih dikenali dengan nama komersialnya sebagai To'ki...

Eminem – Stronger Than I Was

We woke reasonably late following the feast and free flowing wine the night before. After gathering ourselves and our packs, we...

Dj Dark – Chill Vibes

We woke reasonably late following the feast and free flowing wine the night before. After gathering ourselves and our packs, we...

Leona Lewis – Bleeding Love (Dj Dark & Adrian Funk Remix)

We woke reasonably late following the feast and free flowing wine the night before. After gathering ourselves and our packs, we...

Recent Comments