Wednesday, August 5, 2020
Home Artis Anak To’ki jawab tuduhan netizen dia tak pedulikan ayahnya

Anak To’ki jawab tuduhan netizen dia tak pedulikan ayahnya

Anak To’ki jawab tuduhan netizen dia tak pedulikan ayahnya.

Penyanyi terkenal era 90an, Mohd Zaki bin Mansur atau lebih dikenali dengan nama komersialnya sebagai To’ki telah mengejutkan peminatnya dan netizen di mana tular di media sosial mengenai keadaan beliau yang kini hidup dalam serba kekurangan dalam sebuah pondok usang bersama isterinya.

Penularan cerita ini menjadi sensasi kerana ramai yang tak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku kepada  To’ki yang cukup dikenali dengan suaranya yg lunak dan tinggi itu.

Terdapat beberapa netizen yang begitu mudah telah menyalahkan anak-anak To’ki tidak mengendahkan langsung keadaan bapa mereka.

Tersentap dengan kecaman netizen itu, salah seorang daripada anaknya dikenali sebagai Noor Hidayah, 27 telah bersuara bagi membetulkan tanggapan salah masyarakat terhadap dirinya serta adik-beradik yang lain menerusi Instagram.

Sehubungan dengan itu, pihak Berita Harian telah mendapatkan sendiri Noor Hidayah bagi menjelaskan apa yang berlaku. Menurut wanita itu, kali terakhir dia bertemu dengan bapa adalah kira-kira 4 tahun lalu kita mewalikannya semasa bernikah.

Dia dan adik-beradik lain sama sekali tidak mengetahui bapanya hidup melarat kerena sudah lama tidak bertemu selepas ditinggalkan oleh penyanyi itu semasa masih kecil lagi tanpa sebarang khabar dan nafkah.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya.”

Menurut Noor Hidayah lagi, pada awalnya mereka hanya ingin mendiamkan diri sahaja, namun warganet mulai melemparkan tanggapan kurang enak kepada mereka adik-beradik yang didakwa sengaja mengabaikan penyanyi tersebut.

Jadi, luahan di Instagram itu adalah penjelasan bagi menjawab segala tohmahan yang tidak berasas kepadanya.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

Oleh hal yang demikian, Noor Hidayah berharap agar apa yang disampaikan ini memperbetulkan tanggapan negatif orang ramai buat dia dan adik beradik yang lain kerana mereka sama sekali tidak pernah melupakan To’ki.

Terdahulu, kisah To’ki yang hidup dalam keadaan serba kekurangan telah mendapat perhatian umum sehinggakan Pengurusan Zakat Wilayah dan Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan.

Dalam salah satu kenyataanya di akhbar, To’ki telah meminta maaf kepada semua pihak yang pernah terguris kerananya pada masa lampau dan enggan memanjangkan lagi segala dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh orang ramai.

Sumber: Yayazaky,  Fatin Farhana Ariffin( Berita Harian)

Source link

Most Popular

Anak To’ki jawab tuduhan netizen dia tak pedulikan ayahnya

Anak To’ki jawab tuduhan netizen dia tak pedulikan ayahnya. Penyanyi terkenal era 90an, Mohd Zaki bin Mansur atau lebih dikenali dengan nama komersialnya sebagai To'ki...

Eminem – Stronger Than I Was

We woke reasonably late following the feast and free flowing wine the night before. After gathering ourselves and our packs, we...

Dj Dark – Chill Vibes

We woke reasonably late following the feast and free flowing wine the night before. After gathering ourselves and our packs, we...

Leona Lewis – Bleeding Love (Dj Dark & Adrian Funk Remix)

We woke reasonably late following the feast and free flowing wine the night before. After gathering ourselves and our packs, we...

Recent Comments